RASAILAH KESANNYA SELEPAS SEJAM,
NIKMATI SEKS ANDA DENGAN LEBIH LAMA DAN KERAP

Khasiatnya yang lain juga termasuk mengimbangkan mood, membantu tekanan darah yang sihat, menghilangkan sengal-sengal, sakit pinggang dan meningkatkan tahap tenaga. Ianya sudah tentu akan membantu di dalam perhubungan intim. Sains perubatan kini mula menyedari kebaikan herba tradisional ini.


14 March 2011

Ubi jaga




Nama Tempatan:Ubi jaga

Nama Saintifik:Smilax Myosotiflora

Nama Lain:Ding, Itah besi, Akar Ali, Akar tanding, Kerating, Itah, Ubi jaga,
Ubi besi, Dedawai berisi, Sedawai, Caring, Ali bertinggung, Akar dedingin,
Akar restong, Keleh, Manto, Maso

keterangan:

Ubi jaga merupakan sejenis herba memanjat yang mempunyai batang yang mudah lentur tetapi kuat , berwarna hijau gelap.Batangnya berbuku-buku dan tunas atau cabang baru akan muncul dari buku-buku ini. Jarak antara buku atau nod ini antara 5 hingga 15 cm.Daunnya berbentuk bujur sirih dengan bahagian pangkal daun yang besar dan akan makin menirus ke hujungnya. Daunnya berwarna hijau gelap dipermukaan daun dan hijau muda dibawah daun.Ia dijumpai di thailand , Pulau jawa indonesia dan semenanjung malaysia.Ia tidak memerlukan cahaya matahari yang terik dan perlu diletakkan dibawah teduhan jika hendak ditanam dirumah. Ubi jaga memerlukan tanah yang lembab, kaya dengan humus dan bersaliran baik.




kegunaan:

Di Malaysia kegunaan utama ubi jaga ialah sebagai afrodisiak untuk merangsang seks. Untuk tujuan ini ubi yang juga merupakan akarnya di gunakan. Daun dan buahnya boleh digunakan sebagai penawar penyakit siflis dengan cara merebus daun dan buah ubi jaga dan airnya diminum.Ia juga boleh mengubat demam dengan kaedah yang sama.Kesan ke atas wanita hamil dan menyusukan masih belum diketahui. Oleh itu penggunaan sebarang persediaan herba ini perlu dielakkan ketika hamil dan menyusukan anak kecuali mendapat nasihat pakar perubatan bertauliah

Akar galak tua




Akar Galak Tua adalah sejenis pokok yang terdapat di hutan Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Ubi Kemili, Pokok Seratus, Stemona, Pecah Kelambu.

Pokok Galak Tua merupakan sejenis herba menjalar yang mepunyai ubi yang lembut. Daunnya seakan -akan daun ubi jaga bezanya daun galak tua lebih bulat dan daun ubi jaga lebih lonjong. Ubinya berwarna putih dan bersaiz lebih kurang sebesar pensil dengan panjangnya lebih kurang 1 meter. Ia boleh dikunyah seperti tebu dan mempunyai rasa manis dan pedas. Mengandungi alkaloid stemona.

Pokok ini berasal dari Madagaskar atau Afrika tropika dan tersebar hingga ke Sri Lanka, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Ia adalah sejenis herba saka berumpun, setinggi 60 hingga 90 sm dan ditanam sebagai tanaman semusim. Batangnya lembut, semi-sukulen, bersegi empat, pubesen, melentur atau menegak dan tumbuh pada buku ruas bahagian bawah pohon yang ditumbuhi akar.

Daunnya ovat hingga sub-orbikular, bes kuneat, tepi daun bergerigi kasar, berukuran 2 hingga 6 sm panjang, 1.5 hingga 4 sm lebar dan berwarna hijau muda. Daun ini beraroma apabila diramas. Infloresen terminal, berjambak tegak, berbunga banyak, kecil dan berwarna keunguan.

Herba ini berubi dan rupanya seakan-akan ubi kentang. Ubi ini berukuran 2 hingga 4 sm panjang, 0.5 hingga 2 sm lebar, berwarna hitam keperangan dan isinya berwarna putih susu.

Ubi kemili mengandungi khasiat makanan yang agak sederhana. Dalam setiap 100 g, bahagian yang boleh dimakan ubinya mengandungi: Air 75 g, protein 1.6g, lemak 0.1 g, karbohidrat 21.7 g, serat 0.7 g, kalsium 51 mg, fosforus 27 mg, ferum 1.1 mg, natrium 7 mg, kalium 338 mg, vitamin 0, vitamin B1 0.16 mg, vitamin B2 0.07 mg, niasin 2.0 mg vitamin C 8.1 mg.


Menurut seorang yang mendapatkannya, Akar ini jarang ditemui. Jika diambil sehelai akar ini dan dikeremutkan dengan menggenggamnya, Akar ini tidak patah atau pun menjadi layu, tetapi ianya akan berubah menjadi bentuk semula-jadi. Jika ingin menggunakannya, Akar ini perlulah diketuk hingga menjadi Lumat serta dicampurkan dengan akar-akar yang lain untuk dijadikan Ubat. Akar ini jika terkena air akan ianya akan menjadi seolah-olah hidup.

Akar Galak Tua atau dikenali dengan nama Tua Galak.Yang diketahui akan Khasiatnya membaik pulihkan mati pucuk.Wallahu...