RASAILAH KESANNYA SELEPAS SEJAM,
NIKMATI SEKS ANDA DENGAN LEBIH LAMA DAN KERAP

Khasiatnya yang lain juga termasuk mengimbangkan mood, membantu tekanan darah yang sihat, menghilangkan sengal-sengal, sakit pinggang dan meningkatkan tahap tenaga. Ianya sudah tentu akan membantu di dalam perhubungan intim. Sains perubatan kini mula menyedari kebaikan herba tradisional ini.


14 March 2011

Ubi jaga




Nama Tempatan:Ubi jaga

Nama Saintifik:Smilax Myosotiflora

Nama Lain:Ding, Itah besi, Akar Ali, Akar tanding, Kerating, Itah, Ubi jaga,
Ubi besi, Dedawai berisi, Sedawai, Caring, Ali bertinggung, Akar dedingin,
Akar restong, Keleh, Manto, Maso

keterangan:

Ubi jaga merupakan sejenis herba memanjat yang mempunyai batang yang mudah lentur tetapi kuat , berwarna hijau gelap.Batangnya berbuku-buku dan tunas atau cabang baru akan muncul dari buku-buku ini. Jarak antara buku atau nod ini antara 5 hingga 15 cm.Daunnya berbentuk bujur sirih dengan bahagian pangkal daun yang besar dan akan makin menirus ke hujungnya. Daunnya berwarna hijau gelap dipermukaan daun dan hijau muda dibawah daun.Ia dijumpai di thailand , Pulau jawa indonesia dan semenanjung malaysia.Ia tidak memerlukan cahaya matahari yang terik dan perlu diletakkan dibawah teduhan jika hendak ditanam dirumah. Ubi jaga memerlukan tanah yang lembab, kaya dengan humus dan bersaliran baik.




kegunaan:

Di Malaysia kegunaan utama ubi jaga ialah sebagai afrodisiak untuk merangsang seks. Untuk tujuan ini ubi yang juga merupakan akarnya di gunakan. Daun dan buahnya boleh digunakan sebagai penawar penyakit siflis dengan cara merebus daun dan buah ubi jaga dan airnya diminum.Ia juga boleh mengubat demam dengan kaedah yang sama.Kesan ke atas wanita hamil dan menyusukan masih belum diketahui. Oleh itu penggunaan sebarang persediaan herba ini perlu dielakkan ketika hamil dan menyusukan anak kecuali mendapat nasihat pakar perubatan bertauliah

No comments:

Post a Comment